dfp Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS Oktober 2017.. | INFO MALAYSIA KINI

Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS Oktober 2017..

Jawatan Kosong kemas ,Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berminat, mempunyai kelayakan dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :


1) PEMAJU MASYARAKAT KEMAHIRAN JAHITAN

2) PEMAJU MASYARAKAT KEMAHIRAN MASAKAN

1. MAKLUMAT JAWATAN:-

Taraf Jawatan : Kontrak

Skim Perkhidmatan : Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat

Gred Jawatan : S29

Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial


Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Jadual Gaji : RM1,493.00 – RM5,672.00

Penempatan : i) Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar, Perak
ii) Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng, Perak

2. SYARAT LANTIKAN:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(d) memiliki diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan. Salah satu bidang yang berkaitan adalah seperti berikut:

i. Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Reka Fesyen); ii. Diploma Seni Kulinari; iii. Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal); iv. Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian; v. Diploma Pengurusan Hotel dan Katering; vi. Diploma Teknologi Makanan; vii. Diploma Pastri dan Bakeri

3. KELAYAKAN TAMBAHAN (Sekiranya ada):-

3.1 Mempunyai salah satu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang berikut:- i. Bidang Pembuatan Pakaian Wanita; ii. Bidang Pembuatan Pakaian Lelaki; iii. Bidang Penyedia Makanan; iv. Bidang Bakeri; v. Bidang Pastri;

3.2 Mempunyai Sijil Vocational Training Officer (VTO) atau Vacational Training Executive (VTE) atau Vocational Training Manager (VTM) adalah satu kelebihan.

4. CARA MEMOHON:-

4.1 Pemohon dikehendaki menggunakan Borang KEMAS Pin. 2017 (AKK) yang boleh dimuat turun dari laman sesawang KEMAS (www.kemas.gov.my) atau Facebook KEMAS.

4.2 Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada salah satu alamat KEMAS Negeri.

5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN:-
17 Oktober (Selasa)

6. PEMAKLUMAN PENTING:-
6.1 Permohonan AKAN DITOLAK jika borang permohonan:-

a. Tidak menggunakan Borang KEMAS Pin.2017 (AKK); atau b. Tidak lengkap dan tidak menyertakan dokumen yang dikehendaki serta tidak disahkan; atau

c. Tidak memohon melalui pejabat KEMAS Negeri; atau
d. Permohonan diterima selepas tarikh tutup iklan.

6.2 Hanya pemohon yang memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

6.3 Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sebulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

6.4 Bagi pemohon yang berjaya temuduga akan dilantik sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) terlebih dahulu sebagai tempoh percubaan.

Lokasi : PERAK
Tarikh Tutup : 17 OKT 2017

Iklan Jawatan Kemas
Iklan Syarat Permohonan
Borang Permohonan

Click Here
Sumber : Kemas.gov.My / By : info malaysia kini
loading...
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
dfp
dfp