Menjelang Mac 2018, penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal bergelar seorang ibu selepas 11 tahun berusaha untuk menimang cahaya mata sulung, hasil perkahwinan dengan usahawan Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa.
Dalam nada penuh gembira, buah hati rakyat Malaysia itu menzahirkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa kerana memakbulkan doa yang tidak pernah putus dipanjatkannya.
Usia kandungan penyanyi berusia 38 tahun itu kini memasuki empat bulan.
Menurut Siti Nurhaliza, benih cinta beliau dan Khalid, 58, itu merupakan rezeki yang terlalu agung buatnya, malah tanpa berselindung turut memberitahu yang dia menjalani rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan dalam usahanya untuk menimang cahaya mata.
“Alhamdulillah, tiada kata yang dapat menggambarkan rasa syukur dan gembiranya kerana Allah memberikan kurniaan yang terlalu agung ini selepas 11 tahun kami bersabar.
“Inilah juga menjadi sebab utama kenapa saya memilih untuk berehat kerana kandungan dan bayi ini menjadi keutamaan saya,” kata Siti Nurhaliza yang ditemani suaminya dalam sidang akhbar di kediamannya di sini malam ini.
Pengesahan yang dibuat Siti Nurhaliza itu sekali gus menjawab pertanyaan netizen dan media yang sebelum ini sering berteka-teki mengenai kehamilannya berikutan penyanyi berkenaan tidak muncul dalam pelbagai acara hiburan.
Media-media tempatan juga sebelum ini tidak ketinggalan membuat spekulasi mengenai kehamilannya.
Namun Siti Nurhaliza dan syarikat pengurusannya, Siti Nurhaliza Productions (SNP) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengesahkan spekulasi itu.
Berikutan kehamilan tersebut, Siti Nurhaliza memberitahu, beliau akan berehat daripada sebarang aktiviti pertunjukan pentas sehingga kelahiran anak sulungnya.
Berita kehamilan Siti Nurhaliza menarik minat peminat-peminat setianya kerana penyanyi itu dan suaminya bersabar menanti selama 11 tahun untuk menimang cahaya mata sulung mereka.
Pada awal November 2015, Siti Nurhaliza pernah hamil, namun beliau mengalami keguguran ketika kandungannya berusia dua bulan.
Siti Nurhaliza dan Khalid yang juga seorang duda mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006.
Sumber: Utusan.com